1) Sekiranya anda meneliti graf harga emas di Malaysia sepanjang 25 tahun lepas, anda akan dapati ianya masih dalam trend yang digelar "secular bull market".

2) Trend pasaran sekular (secular market trend) adalah trend jangka panjang yang boleh berlangsung sehingga 25 tahun dan terdiri daripada beberapa siri trend utama, sama ada menaik (bull) atau menurun (bear) .

3) Berbalik pada no 1. apabila saya mengatakan harga emas masih dalam "secular bull market", ianya tidak bermakna trend pasaran sentiasa menaik (bull) tanpa sebarang pembetulan (correction) atau penurunan (bear).

Trend pasaran tetap ada turun dan naik. Akan tetapi dalam trend "secular bull market", anda akan dapati terdapat beberapa siri utama trend menaik (bull), dan ianya lebih banyak berlaku dari trend menurun (bear).

4) Sebagai ringkasan, apakah kemahuan anda selaku pembeli atau bakal pembeli?

Persoalan sama ada sekarang adalah harga yang sesuai untuk membeli atau tidak bergantung pada tujuan dan pemahaman anda menilai trend ini.

Sekiranya anda merasakan trend ini akan berpanjangan, anda masih belum terlambat untuk bersama-sama dengannya.

5) Trend ini juga amat berkait rapat dengan kepercayaan orang ramai terhadap sistem kewangan semasa, sama ada di Malaysia atau negara-negara besar yang lain.

Kita perlu akui bahawa sistem kewangan dunia ketika ini didasarkan atas asas yang amat rapuh, iaitu "collective confidence" ke atas US Dollar. Kepercayaan tersebut bukan sahaja ditanam diminda setiap rakyat Amerika Syarikat, bahkan dieksport ke luar negara Amerika sehingga hampir semua negara di dunia menyimpan rizab asing dalam denominasi US dollar.

Sekiranya kepercayaan ini hilang, seperti mana yang terjadi pada hampir kesemua matawang fiat, saya percaya trend secular bull market ini mungkin berubah menjadi hiperbolik dan mungkin diberikan nama baru, "super secular bull market " ðŸ˜ƒðŸ˜ƒ

#hargaemasmalaysia #goldsecularbullmarket #bullandbear