SOALAN : Saya ada bajet XXXX. Emas apa Tuan recommend saya beli?

JAWAPAN : Sekiranya anda ingin "menukar" wang anda ke dalam emas dalam jumlah yang kecil , saya mencadangkan untuk membeli emas dalam denominasi yang kecil . Mengapa? Ianya adalah disebabkan oleh faktor fleksibiliti.

Denominasi emas yang lebih kecil akan memberi peluang kepada anda untuk menjual sebahagian dari keseluruhan pegangan anda; atau anda juga boleh menggunakan denominasi kecil tersebut untuk tujuan perniagaan.

Emas popular untuk tujuan ini mungkin dalam bentuk 1gram, 1 Dinar (4.25g), 1/10oz (3.11g), dan sebagainya.
.


Walau bagaimanapun, kelemahan pada denominasi yang lebih kecil adalah premium yang lebih tinggi ke atasnya. Sifir mudahnya ialah, semakin kecil denominasi emas tersebut, semakin tinggi premium ke atasnya. Untuk pemahaman mudah, kos mengeluarkan 100 keping emas 1g adalah lebih tinggi berbanding kos mengeluarkan 1 keping emas 100g, walaupun berat keseluruhan emasnya adalah sama.
.
Justeru, tidak hairanlah emas sekecil 1g dijual pada harga 10%-20% lebih tinggi dari harga spot emas semasa; ianya adalah disebabkan kos atau premium yang berbeza-beza untuk setiap denominasi.
.


Manakala bagi pembeli yang mempunyai keupayaan membeli yang lebih besar, anda mungkin lebih sesuai membeli emas pada denominasi yang lebih besar, contohnya 50g, 100g, 500g, atau 1kg kerana premium ke atasnya adalah lebih rendah dan lebih hampir kepada harga spot emas semasa.
.