SOALAN : "Kenapa HARGA EMAS di Malaysia berbeza-beza. Dari mana sumber harga emas sebenarnya?"

Sebelum kita berbincang tentang harga emas di Malaysia, pembeli perlu tahu tentang harga emas dunia. Ya, bagaimana harga emas dirujuk, dari mana sumbernya, siapa yang menetapkan harganya?

Dalam dunia hari ini, emas dianggap sebagai sebahagian dari komoditi seperti petroleum, kelapa sawit, getah, gula, dan lain-lain yang mana harganya sentiasa diapungkan di pasaran terbuka. Antara pasaran terbesar yang dijadikan rujukan harga emas ialah pasaran lani (spot market) dan pasaran hadapan (futures market) yang dikenali juga sebagai pasaran derivatif. Pasaran hadapan ini didagangkan di pelbagai bursa komoditi, antara yang terbesar ialah CME Group yang juga merupakan antara pemegang saham terbesar dalam Bursa Malaysia.   

Antara laman web yang boleh dijadikan rujukan untuk harga emas lani (spot market) ialah Bullion Desk manakala untuk harga emas pasaran hadapan pula ialah di CME. Para pembeli yang baru berjinak dengan logam berharga ini mungkin akan menghadapi sedikit masalah kerana kedua-dua rujukan di atas menggunakan USD dalam paparan harga. Jadi untuk memudahkan para pembeli membuat rujukan dalam Ringgit Malaysia, anda boleh merujuk pada harga di laman web Nubex.

Perlu diingatkan bahawa harga emas di pasaran lani dan pasaran hadapan bukanlah petunjuk sebenar untuk harga emas fizikal yang dijual di pasaran runcit. Di pasaran runcit, secara umumnya terdapat perbezaan harga kerana pemborong dan peruncit menanggung kos atau diistilahkan sebagai premium untuk emas fizikal tersebut (rujuk tulisan saya sebelum ini berkenaan premium di https://bit.ly/2W09Gyx).

Kos atau premium ini termasuklah kos perlombongan (mining), kos penulenan (refining), kos pembuatan (casting atau minting), kos pengangkutan, kos insurans, dan kos-kos lain berkaitan operasi.

Ada juga yang beranggapan bahawa harga emas dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Bahkan ramai yang beranggapan BNM adalah autoriti yang mengeluarkan lesen untuk menjual, membeli, atau mengimport emas. Ini adalah maklumat yang kurang tepat.

BNM sebenarnya TIADA kaitan dengan sebarang harga berkaitan produk emas di Malaysia (kecuali koin Kijang Emas). Sebaliknya, BNM sebenarnya membenarkan setiap individu di Malaysia untuk membeli, menjual, menukar, meminjam, menyimpan, dan mengguna produk berkaitan emas selagi ianya mematuhi Seksyen 137 Financial Services Act 2013 dan Seksyen 149 Islamic Financial Services Act.

Antara petikan yang disebut di bawah Notice 1, Foreign Exchange Notices ialah:-:-

"A person is allowed to—

(a) buy, sell, exchange, borrow, lend, retain or use gold or other precious metals subject to compliance with section 137 of the FSA, section 149 of the IFSA and Parts B and C of Notice 4;

(b) import gold or other precious metals; or

(c) export gold or other precious metals subject to compliance with Notice 7."
.

#TanyaNubex #HargaEmasMalaysia