Siri #TanyaNubex - "Apa Beza Emas LBMA dan bukan LBMA"
Soalan - "Apa beza emas yang dijual oleh syarikat XX dan YYYYY? Ada yang kata harga XX mahal sikit sebab ada LBMA. Kenapa harganya berbeza walaupun berat dan ketulenannya sama?
JAWAPAN:
1) Dua bentuk utama perdagangan emas di pasaran "wholesale" adalah over-the-counter (OTC) dan di atas platform exchange (i.e COMEX). Secara tradisinya, kebanyakan pasaran OTC berada di sekitar London manakala pasaran yang menawarkan perdagangan emas secara "spot" dan "futures" boleh didapati di kebanyakan pasaran lain di seluruh dunia.
2) Pasaran OTC untuk emas dan perak ini bergantung pada kredibiliti bar yang menyokong sistem ini. Hanya gold bar dan silver bar yang memenuhi standard "LBMA Good Delivery" sahaja yang boleh diterima dalam penyelesaian kontrak (selalunya disebut sebagai "loco-London contract").
3) Terdapat kesalahfahaman sesetengah pihak berkenaan akreditasi LBMA (London Bullion Market Association) seperti yang saya sebutkan pada nombor 3 di atas. Mungkin anda biasa mendengar mereka yang sering menyebut istilah LBMA ini bagi menjual produk mereka. Saya pernah ditanya soalan, "Nubex dah berapa lama, sampai sekarang pun takde LBMA". Saya yakin beliau beliau keliru dengan istilah tersebut.
4) Penerimaan untuk kemasukan ke London "Good-Delivery List" adalah satu proses yang sangat rumit dan ketat. Selain memiliki kedudukan kewangan yang besar, setiap syarikat (refiner) yang diakreditasi oleh LBMA perlu mematuhi semua spesifikasi dan konsistensi yang ditetapkan olehnya.
Pendek kata, di negara kita Malaysia, TIADA satu pun syarikat yang memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh LBMA ini.

5) Terdapat lima syarikat yang diakreditasi oleh LBMA sebagai "Good Delivery Referees" yang dipertanggungjawabkan untuk mengawasi dan memantau syarikat-syarikat lain yang diterima masuk di dalam senarai London "Good Delivery List". 5 syarikat tersebut adalah:
i) PAMP SA (Switzerland)
ii) Argor-Heraeus SA (Switzerland)
iii) Metalor Technologies SA (Switzerland)
iv) Rand Refinery (PTY) Ltd (Afrika Selatan)
v) Tanaka Kikinzoku Kogyo K.K. (Jepun)
6) Kelima-lima syarikat di atas adalah syarikat-syarikat terbaik di dunia dalam industri emas dan perak ini dari segi ketepatan dalam mematuhi piawaian, kedudukan kewangan, pematuhan standard, dan lain-lain.
7) Apabila kenyataan di atas difahami, kita akan lebih mudah faham perbezaan di antara:
a) Syarikat yang Diiktiraf oleh LBMA dalam senarai "LBMA Good Delivery List" ; DAN
b) Syarikat yang Menjual produk syarikat yang tersenarai dalam "LBMA Good Delivery List"
8) Pemahaman berkenaan perkara ini juga menjelaskan mengapa harga emas yang ditawarkan kepada pengguna berbeza-beza walaupun ketulenan dan beratnya sama. Selain dari kualiti dan kredibiliti yang berbeza di kalangan pengeluar, kos pengeluaran yang berbeza juga menyebabkan harga mereka berbeza.
9) Sejak 2009, Nubex adalah pengedar rasmi produk-produk Perth Mint yang merupakan salah satu pengeluar yang tersenarai dalam "Good Delivery List". Pada 2011 pula, Nubex diterima sebagai pengedar rasmi produk-produk PAMP yang juga tersenarai dalam "Good Delivery List" bahkan merupakan salah satu dari lima panel dalam "Good-Delivery Referees".